Ilmu gentel lada hitam


Ilmu gentel lada hitam.

Assalamualaikum..
Hari nie saya akan bercerita tentang llmu gentel lada hitam. Ilmu nie adalah satu jenis ilmu bathil yang terang ataupun senang cerita sejenis sihir. Ilmu gentel lada hitam nie menggunakan ayat al-Quran tanpa sebarang penambahan ataupun pengurangan kepadanya.  Tujuan ilmu ini ialah untuk merangsang nafsu mostly wanita or perempuan dari jarak jauh.

Ayat al-quran boleh digunakan untuk tujuan sihir. that why banyak ilmu bathil or ilmu sihir menggunakan topeng ayat-ayat al-quran  dan ramai yang merasakan ilmu itu betul disebabkan adanya penggunaan ayat-ayat al-quran. Permainan jin dan syaitan adalah amat licik dan ramai yang terpedaya dengan ilmu-ilmu duniawi yang menawarkan pelbagai kelebihan dengan penggunaan ayat-ayat al-quran. Ilmu gentel lada hitam adalah satu contoh ilmu yang menggunakan ayat Al-quran untuk tujuan sihir. Banyak lagi ilmu-ilmu sihir yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran termasuklah ilmu seri muka, ilmu pengasih dan juga ilmu penunduk. Ayat Al-quran tak perlu baca secara songsang or dicampur aduk kan dengan mantera untuk digunakan sebagai syarat ilmu sihir/ bathil.

Sihir ini berfungsi menangsang nafsu wanita yang menjadi target sehingga sesetengah kes hingga merah padam muka disebabkan nafsunya terangsang. Ada yang menggunakannya untuk merosakkan dan kata org sekarang untuk ajak awek main. Nauzubillah.

Ada kawan saya masa muda-muda dulu suka menggunakan ilmu ini. Diceritakan ilmu ini memerlukan lada hitam yang dicuri dari kedai. Dikatakan kedai hindu or cina lagi bagus. Ada sebab kenapa perlu curi dari kedai hindu or cina. Ianya bersangkutan dengan pelaris. Bab pelaris akan saya ceritakan diposting akan datang.

Caranya gentel lada hitam tu, tumpukan perhatian kepada si mangsa sambil membaca ayat-ayat tertentu. Mangsa akan jadi stim or naik nafsunya. Kalau digunakan untuk tujuan jahat amat mudah ilmu nie berfungsi. Ada kelemahan dengan ilmu sihir ini. Kelemahan nya ialah jika wanita yang terkena ilmu ini tahu caranya untuk mematahkan ilmu ini, si penyihir boleh jadi mati pucuk sehingga akhir hayat. Kelemahan ilmu ini ialah sekiranya perempuan itu mematahkan sesuatu objek yang lebut or keras seperti contoh straw, pensil , secara batinnya iainya mematahkan kekuatan kemaluan lelaki (penyihir tu) dan penyihir itu akan mati pucuk.
Gambar hiasan lada hitam. 

Sekarang saya akan bercerita tentang apa yang berlaku secara batinnya. Yang berlaku ialah jika anda belajar dari saya ilmu ini (dengan ayat2) tu, jin yang ada pada saya yang berasal dari ilmu gentel lada hitam yang sedia saya anda akan berpindah kepada anda. Anda akan jadi tuan jin lada hitam yang baru. Jika anda amalkan, jin ilmu lada hitam ini akan menyerang simangsa dan akan menyebabkan mangsa naik nafsu. Inilah dinamakan sihir.

Kesan penggunaan ilmu ini bergantung kepada Allah. Ada kes tangan sipengguna ilmu ini jadi berkudis yang sukar untuk sembuh. Kesannya kepada batin anda lagi parah. Jin dari ilmu lada hitam nie akan bertapak dalam diri anda dan akan menyebabkan nafsu anda akan meningkat. Anda akan jadi gila untuk menggunakan ilmu ini dan anda akan dapat apa yang anda hajatkan. Jin ini akan menggangu jiwa dan diri dalam anda, sukar nak ibadat dan anda akan jadi lebih resah dan gelisah dari sebelumnya. Yang berlaku ialah syaitan dari ilmu gentel lada hitam ini akan menguasai diri anda. Selepas itu untuk melakukan dosa zina, jadi amat mudah. Senang nak ayat awek dan senang nak ajak awek tu buat zina.  Sembahyang dan ibadat anda akan jadi kosong dan sukar untuk khusyuk. Akhirnya anda akan jadi hamba kepada nafsu serakah anda dan jin pendamping ilmu sihir gentel ladang hitam ni.


الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَئِكَ لَهُمُ الأمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ
"Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan". (Al-An`aam:88)

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
"Jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi." (Az-Zumar: 65


Itu adalah sedikit sebanyak cerita mengenai ilmu gentel lada hitam. Kalau anda ada terbelajar ilmu nie pulangkan segera kepada empunya ilmu ini. Jika tidak dipulangkan diri anda dalam keadaan syirik disebabkan anda mempunyai ilmu sihir. Effeknya kepada batin dan iman anda , Allah sahaja lah yang tahu. Buat ibadat pun semuanya tertolak segala amalannya.

Ramai org mencari ilmu gentel lada hitam nie saya tahu. Nawaitu tu masing-masing punya hal lah. Saya cuma ingin menyatakan bahawa ilmu bathil nie tak akan tamat begitu sahaja jika kita pernah belajar dan mengamalkannya. Sebagai contoh si A pernah belajar ilmu gentel lada hitam nie dan pernah menggunakan ilmu ini time dia muda-muda, jika tidak dipulangkan ilmu ini, bermakna sihir ini masih berjalan didalam diri A dan sometime tak perlu pun si A nie mengamalkan ayat-ayat ini untuk menstimkan awek2. Ilmu bathil nie amat jahat dan kebiasaaannya ianya boleh digerakkan hanya dengan niat jahat, Apa sahaja amalan dan ibadat si A tertolak begitu sahaja disebabkan setitik nila (ayat lada hitam). Katakanlah si A dah insaf, ilmu sihirnya tetap ada didalam batinnya dan seterusnnya akan merosakkan iman dan diri si A nie sampai ke mati.

Masa mula belajar ilmu kebiasaannya mesti ada akad or mula ilmu. Ada yang panggil ijazah, ada yang panggil akad mula belajar. Kalau mula dengan perkataan "aku nak belajar ilmu nie" atau " tok guru saya nak jadi anak murid tok guru" , maka kena tamatkan ilmu itu juga dengan akad. Akad sebenarnya salah satu cara  dan amalan yang paling kuat kesannya terutama bab ilmu haq dan juga ilmu bathil. Akad lisan sebagai contoh adalah sebahagian dari syarat ibadah termasuklah solat, ijab kabul, cerai, membayar zakat , jual beli dan sebagainya. Dengan akad nikah, seorang perempuan boleh jadi halal, dan dengan akad juga (cerai) seorang perempuan boleh jadi haram untuk seseorang lelaki.

Setiap benda ada harganya. Begitu juga ilmu bathil sihir lada hitam nie. Harga yang perlu dibayar oleh pengamal ilmu ini amatlah besar iaitu syirik kan Allah. Saya hanya mengingatkan saudara se islam saya. Ilmu gentel lada hitam ini adalah contoh yang amat jelas dimana ayat al-quran boleh digunakan sebagai sihir. Banyak ilmu-ilmu kedunian yang menggunakan topeng ayat-ayat al-quran sebagai paparan kosmetik yang ilmu ini adalah betul. Yang paling penting ialah kita kene tgk tujuan dan nawaitu ilmu itu. Kalau bacaan ayat al-quran untuk tujuan pengasih, penunduk, pembenci, tarik rezeki, kebal, seri muka...sememangnya nawaitu ilmu itu untuk makhluk dan keduniaan semata-mata.

Wallahuaklam…

Comments

  1. Salam..dengan ini saya pulangkan balik semua yg bathil yg telah saya ambil dengan tuan dan orang yg komen tntang ayat yasin itu..yg ada pada saya atau keluarga saya atau sesiapa yg terkena melalui sa

    ReplyDelete
  2. Dengan ini saya pulangkan balik semua yg bathil yg telah saya ambil dari awak yg ada pada saya dan keluarga saya dan sesiapa yg terkena melalui saya..saya pulangkan balik semuanya..maaf

    ReplyDelete
  3. Aku pulangkan apa sahaja yang bathil yang aku ambil dari kamu yg ada pada diri aku, keluarga aku atau sesiapa yang terkena melalui aku.

    ReplyDelete
  4. Sy pulangkan segala apa yang sy ambil dari tuan yang ada pada diri sy dan jg keluarga saya, semoga allah menjaga kita semua amin

    ReplyDelete
  5. Sy pulangkan segala apa yang sy ambil dari tuan yang ada pada diri sy dan jg keluarga saya, semoga allah menjaga kita semua amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts