Schumacher 'bertarung nyawa' sambut hari jadi

Para peminat Michael Schumacher memegang bendera dan baju-t Ferrari di hadapan Grenoble University Hospital Centre, Perancis - AFP

GRENOBLE, Perancis 3 Jan. - Para peminat Michael Schumacher hari ini mengunjungi Grenoble University Hospital Centre di sini, tempat Legenda Formula Satu (F1) itu menjalani rawatan bagi memberi penghormatan sempena ulang tahun ke-45 kelahirannya.
Juara dunia tujuh kali F1 itu kini dalam keadaan stabil, namun masih diklasifikasikan sebagai kritikal selepas menjalani dua pembedahan otak, akibat kemalangan ketika bermain ski di Pergunungan Alps, minggu lalu.
Keluarga Michael Schumacher dilaporkan yakin terhadap semangat legenda itu yang tidak akan ‘berputus asa’ bagi kembali pulih seperti sedia kala. -UTUSAN



Popular Posts