Pemuda Pas Kelantan minta penyokong Pas beradab

KOTA BHARU 10 Jan. - Pemuda Pas Kelantan menggesa penyokong parti itu supaya beradab apabila mengkritik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria biarpun tidak bersetuju dengan kenyataan tokoh agama itu dalam isu 'bughah.'
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sebagai pendokong gerakan yang didakwa memperjuangkan Islam, para penyokong parti itu sepatutnya memahami adab dalam menyampaikan pandangan dengan berlandaskan ilmu dan bukannya kata-kata kesat.
Dalam masa sama, katanya, kedudukan Harussani sebagai seorang Mufti juga mesti dihormati sebagai seorang yang dianggap berilmu dalam masyarakat meskipun kenyataannya masih boleh dibahas dan dipertikaikan.
"Benar, kita tidak setuju dengan hujah Mufti (Harussani) gunakan dalam mendakwa peserta demonstrasi sebagai 'bughah' (penderhaka) tetapi dalam keadaan kita mahu lawan (beliau), janganlah kita bercakap benda tidak baik," katanya.

Comments

Popular Posts