5 Benda Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Tentang Kaabah



Tidak ada tempat di Bumi yang dimuliakan sebagai pusat dan suci  seberapa ramai orang di Mekah. Ikut mana-mana standard objektif, lembah yang berada di rantau Hijaz Saudi ini adalah tempat yang paling terkenal di bumi. Beribu-ribu Muslim dan Muslimah mengelilingi bulatan Kaabah yang suci sekaligus memberi perlindungan 24 jam sehari. Berjuta-juta rumah yang berada di dunia ini dihiasi dengan gambar-gambar Kaabah dan lebih dari satu bilion manusia menghadap ia lima kali sehari. Kaabah adalah pusat Mekah.

Bangunan yang membentuk seperti sebuah kiub ini sememangnya berada di dalam hati mana-mana Muslim dan Muslimah. Di sini terdapat beberapa perkara yang  mana anda mungkin tidak tahu mengenai Kaabah.


5. Ia Telah Di Bina Semula Beberapa Kali

Kaabah yang kita lihat hari ini tidak sama dengan Kaabah yang telah di bina oleh Nabi Ibrahim A.S  dan Ismail A.S. Dari semasa ke semasa, ia nya perlu di bina semula atas kerana di landa bencana alam ataupun kerosakan yang di akibatkan oleh manusia-manusia tertentu.

Sepertimana yang di ketahui umum (harapnya), Pembinaan Semula ini juga berlaku sewaktu zaman Rasullullah S.A.W sebelum beliau menjadi Nabi. Ini lah peristiwa di mana Rasullullah berjaya menggelakkan pertelingkahan besar di antara kaum di Mekah. Beliau memberi pendapat agar kaum-kaum tersebut mengangkap batu Hajaratul Haswad menggunakan sebuah kain putih agar ke semua kaum mampu memperoleh honor yang sama.

Sejak daripada itu, terdapat juga beberapa pembinaan semula selang beberapa abad. Pembinaan semula yang terakhir di lakukan pada tahun 1996 secara terperinci. Di mana, mereka telah menggantikan pelbagai batu serta menguatkan teras asas kaabah, dan sebuah bumbung yang baru. Ini adalah mungkin pembinaan semula yang mungkin mampu bertahan untuk beberapa abad lagi. Insyallah.


4. Kaabah Pada Masa Dahulu Mempunyai Banyak Warna

Kita terlalu biasa melihat Kaabah dengan warna trademarknya iaitu Hitam Kiswah bersamaan emas, sehinggakan kita tidak boleh bayangkan Kaabah berwarna lain daripada itu. 

Sebenarnya tradisi Kaabah berwarna Hitam ini bermula sewaktu zaman kerajaan Abbasiyah. Sebelum itu, Kaabah di hiasi dengan warna HijauMerah dan Putih.



3. Kunci Kaabah Terletak di Tangan Satu Keturunan Keluarga

Sewaktu zaman Nabi Muhammad S.A.W, setiap aspek mengenai upacara Haji terletak di tangan kaum-kaum sub-group Quraish. Setiap dari kaum ini akan memikul tanggungjawab dan akhirnya akan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada kaum lain pula, kecuali satu kaum di mana tanggungjawab mereka akan kukuh sehinggalah hari Kiamat.

Sewaktu penaklukan Mekah, Nabi Muhammad S.A.W telah di beri kunci Kaabah, beliau sebaliknya telah memberi kunci tersebut semula kepada Osman ibn Talha daripada keturunan Bani Shaiba. Mereka telah menjaga kunci Kaabah beratus tahun sehingga ke hari ini.


2. Kaabah yang terdahulu bukan berbentuk Kiub.

Anda Terkejut?

Sila ambil masa sekejap untuk menelan fakta ini....

Okay... Ready?
Yeah. Sememangnya Kaabah pada awalnya bukanlah berbentuk kiub, tetap ia nya berbentuk Segi Empat Tepat. Dimension original Kaabah termasuk lah semi-circular area yang di beri nama Hijr Ismail.

Sewaktu pembinaan Kaabah semula (beberapa tahun sebelum Rasullullah S.A.W menerima wahyunya,), kaum Quraish bersetuju untuk membina semula Kaabah dengan syarat menggunakan income yang datangnya dari sumber yang baik, maksudnya tidak boleh ada wang yang di perolehi hasil daripada judi, mencuri, pelacuran dan lain-lain. Sememangnya wang tersebut datang dari hasil pendapatan masing-masing. Disebabkan hal ini mereka mengalami masalah kewangan untuk membina semula kaabah dengan dimension asalnya. 

Oleh itu, mereka membina semula kaabah bersaiz kecik sedikit (saiz kiub seperti yang kita lihat sekarang) dan meletakkan sebuah dinding semi-circular apa yang kita kenali sekarang sebagai Hijr Ismail, walaupun hakitkatnya tidak ada kaitan dengan Nabi Ismail A.S, ia di kekalkan untuk menunjukkan dimension asal. 

Sepanjang hidup Rasullullah S.A.W, beliau hendak membina semula Kaabah dengan dimension asal,  namun hasrat baginda tidak kesampaian. Selang beberapa tahun sewak zaman pemerintahan Khalifah Abdullah Ibn Zubair, Kaabah di kekalkan bentuknya, kerana bentuk itulah apa yang Rasullullah S.A.W lihat sewaktu baginda masih hidup.


1. Batu Hajar Aswad tersebut berada di dalam keadaan Pecah

Tidak pernah kah terlintas di fikiran anda mengapakah Hajar Aswad di letakkan di dalam bekas Silver (perak)?

Ada yang berpendapat bahawa batu hitam ini pecah di sebabkan terkena tembakan sewaktu tentera Umayyad menyerang Mekah sewaktu pemerintahan Abdullah ibn Zubair.

Namun, ramai yang bersetuju bahawa batu ini telah rosak sewaktu zaman gelap di mana sekumpulan Ismaili daripada Bahrain yang menggelarkan diri mereka sebagai Qarmatians yang mana telah mengisytiharkan bahawa kelakuan Haji adalah benda tahyul. Mereka memutuskan untuk membunuh beribu para haji serta membuang mayat mereka ke dalam telaga ZamZam hanya untuk memastikan orang ramai mendengar arahan mereka.

Tidak cukup dengan pengkhianatan itu, mereka seterusnya mencuri Hajar Aswad ini dan membawa ia ke Timur Saudi kemudian ke Kufa, Iraq di mana mereka menjadikan ia sebagai tebusan sehinga batu tersebut di arah kan untuk di kembalikan oleh kerajaan Abbasid. Apabila ia di pulangkan, batu tersebut sudah pun berada di dalam keadaan pecah, salah satu cara untuk mengekalkannya adalah untuk menggunakan bekas perak tadi.




Sejarah Kaabah bukan sahaja sebuah cerita menarik datang nya dari masa silam, Kaabah juga adalah sebuah symbol yang menghubungkan kesemua Muslim dan Muslimah tidak kira di mana mereka berada. Ia juga menghubungkan kita kepada Masa silam kita yang Gemilang dan juga yang mundur, agar kita mampu mempelajari sesuatu yang membolehkan untuk kita bergerak ke hadapan apabila musuh hendak menyerang kita.

Comments

Popular Posts